Hai blog...
aku hai kat blog je. sebab nak hai kat orang dah tau xde orang baca. haha.
lame gile tak update blog... ni pun macam cerita basi.
Aku banyak benda nak update tapi aku malas memandangkan line broadband "tersangatlah laju”...
|
Bot yang aku naek untuk ke pulau bidong |
|
|
|
mycoursemate :: Aten Alya n Yana |
|
Kami student di bawah fakulti Pembangunan Sosial..:) |
Actually aku nak cerita pasal amazing island ni. Walaupun ramai yang tak kenal pulau ni
(aku pun first time dgr) Aku bangge dapat sampai kat pulau ni sebab ni lah pertama kali
aku pergi pulau pun… haha… thanx UMT bagi aku peluang tu…
Pulau nie hanya boleh dimasuki oleh warga UMT jew… untuk aktiviti penyelidikan or pembelajaran, Yang paling penting budak semester 1 diwajibkan pergi ke Pulau Bidong sebagai aktiviti kokurikulum. sebab tu la aku kate Pulau ni milik kami sebab sekarang kitorang je boleh masuk pulau ni…
macam poyo jew ayat aku. kang kene kecam. eh
|
Ni tempat kitorang Snorkeling |
Walaupun banyak aktiviti yang kitorang buat kat sane macam
berkayak
Water Confident
Snorkeling
Memancing
|
Kapal orang Vietnam |
Yang paling buat aku teruja bila aku jalankan aktiviti jejak warisan.
Aku dapat tengok semua monument peninggalan rakyat pendatang asing Vietnam yang pernah tinggal di Pulau ni…
Mereka merupakan pelarian perang ketika Negara mereka jatuh ke tangan Komunis Vietnam utara pada tahun 1975. Pada tahun 1978, Kerajaan Terengganu terpaksa bersetuju menjadikan Pulau ini sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam
|
Bekas Gereja yang ada di Pulau Bidong |
memandangkan penduduknya mencecah
60 000 orang.. and yang buat aku terkejut seramai 252,390 orang penduduk Vietnam pernah tinggal di pulau ni. Dalam tempoh 1978-1990 mereka telah membina tamadun di pulau ni.Mereka semua dihantar ke Vietnam semula pada tahun 1991
|
Bar |
|
bentuk kapal |
Tugu ni pernah menjadi kontroversi . Kerajaan Vietnam menganggap ukiran tulisan di tugu tersebut memalukan kerajaan Vietnam…. err,,
Dah penat buat aktiviti outdoor siang tu macam biasa kem2 yang aku pegi mesti sde malam kebudayaan
|
Team aku (Jerung ) buat pesembahan last minit prepare... |
Korang nampak tak pencakar sampah yang Razif (Baju putih) pegang tu... tu bukan aksesori time persembahan.. tapi tu ganti bendera kitorang yang dah ilang tu... haiyoo
|
tengah hafal lirik kot... hehe... |
time ni kitorang kene denda sebab bendera kumpulan jerung yang diamanahkan tu hilang... haahahahaha...!
Setelah 2hari 1 malam di Pulau Bidong.... time untuk balik ke UMT
|
babai pulau Bidong... :'( |